Monday, 5 September 2016

Syurga Kaki Pancing

Jika anda seorang kaki pancing, ini ialah satu destinasi yang anda wajib anda singgah.

2 dari chalet terapung 

di tengahnya, tempat memancing.

bot memancing juga boleh berlabuh di sini.

Bot memancing boleh disewa di chalet

Boleh memancing dari Chalet terapung 24 jam


Memang banyak hasil tangkapan

Pari Lalat

waktu malam paling senang dapat ikan.

Cukup tenang untuk relaks kalau tidak memancing

Budak sekolah pun boleh dapat ikan...

Pandangan di waktu pagi dari chalet

Di antara jenis ikan yang dapat kami pancing di chalet

dapur serta meja makan juga disediakan di chalet terapung.

Dewan makan disediakan, lengkap dengan peti ais, dapur serta Astro di darat, yang juga dikelilingi oleh unit-unit chalet yang lain.
Jadikan Cemara Riverview Chalet(0199890921) di Kuala Rompin, Pahang sebagai 'base' anda. Chalet kayu klasik yang serba lengkap dan berhawa dingin ini hanyalah 5 minit dari bandar Kuala Rompin. Dua unitnya terapung di Sungai Pontian dan menawarkan pandangan menarik serta verandah untuk memancing ikan - siang hingga malam. Ruang makan dan dapur lengkap, serta Astro disediakan disetiap unit.

Bot juga boleh disewa untuk memancing ke hulu atau ke hilir dari Chalet. Kalau nak pasang jaring pun boleh untuk menangkap ketam lumpur atau ketam bungga atau ikan. Pada hujung tahun, musim udang galah pula.

Kami sudah 'test' tempat ini. Dalam 3 hari 2 malam kami bertandang di sini, lebih dari 50 ekor ikan dapat dipancing, termasuk 2 ekor ikan pari (satu ekor pari lalat). Sebelah malam paling senang dapat ikan. Kami guna umpan cacing dan udang. Umpan boleh dibeli di banyak kedai, siang atau malam kerana bandar ini ialah pusat kaki pancing.

Jika malas nak tangkap ketam, drive saja ke pasar ketam di Merchong, lebih kurang 20 min saja dari bandar Kuala Rompin menuju ke Pekan. Datang sebelum 10 pagi sebab permintaan ketam sangat tinggi. Pakat-pakatlah ke sana. Memang berbaloi!

If you are an avid angler, this is one place you should visit. Make Cemara Riverview Resort (0199890921) in Kuala Rompin, Pahang as your base. It's a place you can fish day or night. Boats are also available for hire.

Over 3 days 2 nights, we caught over 50 different kinds of fish, including sting rays and mud crabs. Even prawns. You may also visit a crab market in Merchong, about 20 mins away if you want to buy large quantity of fresh crabs, but come early as demand exceeds supply.

Make a visit. It's really worth it!